Search This Blog

Showing posts with label Funny. Show all posts
Showing posts with label Funny. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

Otak Mat Rempit...

Johan seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengorat anak anak gadis di kampungnya.
otak mat rempit

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Johan terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Johan telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Johan sehingga tembus ke belakang tengkuk Johan.

Bergegas Pak Mat ayah Johan ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Mat bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya..
Pak Mat: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Mat: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.
Pak Mat: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Mat: Oh begitu…. Alhamdulillah selamat anak gua…
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?
Pak Mat: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!


          Sila highlight klau nk bce bnde biru tuh...
          Terima kasi kerana sudi membaca....
        

Monday, August 29, 2011

Budak Paling Bodoh Dalam Dunia

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.

Mamak: “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”

Pelanggan: “Naper awak cakap macam tu mamak?”

Mamak: “Awak tgk ni..”sambil memanggil Ajoi datang kepadanya

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”

Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

Mamak: Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”

Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

Sumardi: “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

Ajoi: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1. Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”

Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”