Search This Blog

Monday, August 29, 2011

Budak Paling Bodoh Dalam Dunia

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.

Mamak: “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”

Pelanggan: “Naper awak cakap macam tu mamak?”

Mamak: “Awak tgk ni..”sambil memanggil Ajoi datang kepadanya

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”

Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

Mamak: Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”

Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

Sumardi: “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

Ajoi: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1. Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”

Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”

Danny MacAskill


Amalan Terbaik Dan Terbalik Di AidilFitri

AMALAN TERBAIK DI PAGI SYAWAL

1. Mengucapkan Takbir.

2. Bertahmid dan Berzikir

3. Solat Sunat Aidil Fitri

4. Bersalam-salaman memohon maaf

5. Menziarahi Kubur

6. Ziarah-menziarahi sesama jiran,saudara-mara dan sebagainya.

7. Menyediakan juadah

8. Bersedekah



AMALAN TERBALIK DI AIDIL FITRI

1. Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya yang menyebabkan pembaziran berleluasa.

2. Bersalam antara lelaki dan wanita ajnabi. Contoh paling senang bersalam sesama adik beradik ipar,biras,sepupu,2 pupu dan lain-lain.

3. Beria-ia solat sunat Hari Raya tetapi tidak solat Subuh (lambat bangun sebab malam raya overnight) dan Zuhur (sibuk beraya, marhaban dan sebagainya)

3. Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita. Baju kurung harga beratus der..Tudung OG dan CT style sehingga tidak tutup leher.

4. Tidak mengutamakan menziarahi jiran,saudara-mara,rakan taulan tapi sibuk menonton TV di rumah.Banyaknya cerita program nyanyian dan filem dari Hari Raya pertama sampai ketujuh.

5. Makan berlebihan. Lepas makan, tengok TV, lepas tu makan, tengok TV, makan, tengok TV. Seperti nak balas dendam sebulan berpuasa.

6. Minta maaf bermusim, hanya pada hari raya sahaja.

7. Raya sebulan sehinggakan terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal. Padahal dalam Islam, raya aidilfitri hanya sehari sebab itu hanya 1 Syawal diharamkan berpuasa sedangakan hari raya kedua dan seterusnya sudah boleh berpuasa sunat.

8. Malu nak beraya jika tidak tuan rumah tidak buat open house, rasa macam terhegeh-hegeh.

Sambung-sambung jika ada…

Posted @ www.isuhangat.net Wallahualam

Parkour

Sunday, August 28, 2011

Kebosanan Melanda

Ku suka semua bintang di langit. Tetapi bintang-bintang tersebut tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan bintang yang ada di mata mu.

Awan Buatan Qatar Piala Dunia 2022

Walaupun Jepun menawarkan teknologi yang hebat untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia bolasepak 2022, Jepun akhirnya kalah dengan Qatar yang sudah terpilih sebagai tuan rumah untuk World Cup 2022.
Pertanyaannya, apa yang ditawarkan oleh Qatar sebagai tuan rumah World Cup 2022? Setidaknya para pemain bolasepak tidak akan kepanasan walaupun suhu di Qatar sangat panas.


Qatar merancang membuat sebuah awan buatan (artificial cloud) di stadium bolasepak mereka dimana awan tersebut dikontrol melalui remote control dan boleh bergerak untk menutupi arah sinar matahari supaya stadium sentiasa teduh.
Mirip seperti sebuah belon raksasa yang diisi dengan helium dan menggunakan 4 buah mesin yang menggunakan sinar matahari sebagai sumber tenaga.



iKLan Gangster

How To Add YouTube Videos

Suicide

According to suicide statistics, Monday is the favored day for self-destruction.